http://kikiefendiclock.googlecode.com/files/www.kikiyo.co.cc.cursor-bintang-kuning.js" type="text/javascript">

Sunday, 17 May 2015

“Pengenalan Seni Dengan Seniman Dato’ Mohamad Hoessein Enas”


Ramai yang beranggapan seni itu mudah.. mudah ker? Pada dasarnya boleh kita menganggap seni itu mudah, tapi pada hakikatnya seni itu banyak memainkan peranan yang paling penting pada kita. Disekeliling kita semua seni, baju yang kita pakai juga hasil dari seni juga. Seni banyak cabang, bukan setakat seni lukis sahaja, malah ada juga seni rupa, seni musik, seni tari, seni drama, seni sastera dan sebagainya. Seni itu indah, dengan melukis juga dapat memberikan kita rasa ketenangan. Disini saya ingin memperkenalkan seniman kita iaitu Dato’ Hoessein Enas. Siapa yang tidak kenal dengan seniman kita ni yang banyak menghasilkan karya-karya.
 

Dato’Mohamad Hoessein Enas








Nama : Dato’Mohamad Hoessein Enas
Tempat Lahir : Bogor (kepulauan Indonesia)
Tahun Lahir : 1924
Tahun Brerhijrah ke Malaysia : 1947






Apa yang menarik tentang beliau :


Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan. Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan naturalistik. Hoessein Enas merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan juga dikenali sebagai Bapa Potret Malaysia.


Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan seni :


Beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan beliau salah satunya ialah penarik beca. Beliau juga menjadi pelukis jalanan. Sewaktu itu, Malaya adalah di bawah jajahan British (Inggeris). Ketika beliau sedang asyik melukis dijalanan, beliau telah dikunjungi oleh Tun Sambathan dan Pengarah Bristish Council ketika itu, Frank Sullivan yang kemudiannya menjemput beliau mengadakan pameran di Pusat British Council, Kuala Lumpur. Sambutan untuk pameran pertama beliau pada ketika itu amat memberangsangkan kerana semua hasil seni beliau telah terjual (ketika itu beliau masih lagi seorang artis baru yang masih cuba menempa nama). Penilaian pada zaman itu, untuk artis baru seperti beliau amatlah positif untuk beliau lebih bersungguh mencipta nama sebagai seorang artis yang berjaya.


Selepas berjaya pada pameran pertama:


Atas pengaruh daripada Frank Sullivan, beliau telah diserapkan untuk menjadi pegawai kerajaan dan ditempatkan di Jabatan Orang Asli Malaya. Oleh kerana beliau bekerja dengan Jabatan Orang Asli, banyak karya-karya beliau menggambarkan orang-orang pribumi Sabah dan Sarawak.


Sumbangan beliau :


Ukiran orang Rejang di Pahang dengan beberapa buah buku dan tesis bahasa telah dihasilkan. Tesis-tesis yang dihasilkan oleh beliau kini di bawah jagaan Dr. Zakaria Ali. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan persatuan bagi pelukis-pelukis Malaya ketika yang dinamakan sebagai Angkatan Pelukis Semenanjung (APS). Persatuan tersebut masih wujud sehingga kini. Cogan kata persatuan itu ialah “ Seni dan Masyarakat” yang telah dipinjam dari cogan kata Angkatan Sasterawan Singapura 50 (ASAS 50) iaitu “ Seni Untuk Masyarakat”. Sumbangan yang paling besar dariapada Hoessein Enas yang tidak dapat dinilai ialah gambar-gambar yang diwariskan yang boleh dilihat, dikaji dan diulas kesahihannya.



karya-karya beliau :








Self Potrait

Tahun : 1954
Bahan : Pastel
Ukuran : 45x34cm
  



Pengantin Perempuan Iban
Tahun : 1963
Media : Oil Painting
Ukuran : 87 x 55 cm






Gadis Melayu
Tahun : 1959
Media : Oil of Canvas
Ukuran : 16 x 12


 Kena Mara – Kantoi
Tahun : 1959
Media : Oil Of Canvas

No comments:

Post a Comment